Khamis, 24 Disember 2009

UMAR

"Nah!Ini bekalanmu sebagaimana yang telah dijanjikan,"kata lelaki itu kepadanya.Umar menerima bungkusan berisi serbuk putih itu dengan hati yang girang.Matanya meneliti bungkusan itu sejurus menerimanya di halaman belakang sekolah itu. Lelaki asing yang mempunyai kesan parut di pipi kanannya itu kemudiannya berlari meninggalkan pelajar tingkatan empat itu sendirian setelah selesai melaksanakan tugasnya.Umar tersenyum.

**************************************************************************

"Ummi, Umar dah balik ni!"Umar melaung kepada ibunya di hadapan rumah sejurus sahaja dia tiba di sana.Lantas,basikal yang dikayuhnya dari sekolah itu diletakkan di bawah rumah.Dia berlari menaiki anak tangga ke atas rumah.Kedengaran suara ibunya yang merdu mengalunkan bacaan surah Ad-Dhuha. Umar maju melangkah ke arah suara ibunya.Dia menyelak kain pintu bilik ibunya.Alunan suara merdu ibunya itu semakin jelas kedengaran.Air yang jernih kelihatan begitu laju mengalir di kedua-dua belah pipi ibunya yang putih bagaikan kapas itu.Ternyata ibunya sangat mengamati wahyu yang diturunkan oleh Yang Maha Pencipta itu.Umar tersentuh.Dia kagum dengan kejernihan hati ibunya itu.

Ibunya meneruskan bacaannya dengan surah yang lain pula,langsung tidak menghiraukan kehadiran Umar.Umar tahu,ibunya kini sedang diselimuti dengan cahaya keindahan Al-Quran sehinggakan tidak menyedari keadaan yang
berlaku di sekelilingnya. Sememangnya begitulah yang akan terjadi setiap kali dia pulang dari sekolah.

"Nanti,Umar!"ibunya memanggil apabila Umar memulakan langkahnya untuk meninggalkan bilik Ibunya menyedari kehadirannya itu,tidak seperti hari-hari yang lain.

"Ke mari,Umar!Ummi ada sesuatu yang ingin dibicarakan,"ibunya melontarkan pandangannya yang jernih itu ke arah Umar.Bibirnya mengukirkan sekuntum senyuman.

"Umar,Ummi dah tahu semuanya,"ibunya memulakan bicara sejurus Umar melabuhkan punggungnya di atas lantai di hadapan ibunya itu.Mata ibunya yang bersinar terang itu menyorot tepat ke matanya.Sekuntum senyuman ibunya sebentar tadi itu telah hilang,entah ke mana perginya.

"Tahu apa,Ummi?"Umar mula kelihatan resah.

"Jangan cuba berdolak-dalih lagi,Umar!Ibu dah tahu semuanya!"kali ini suara ibunya agak keras.Umar terkejut.

***************************************************************************
Di Surau Kampung Ombak itu,seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an sedang rancak memberikan ceramah agama.Para jemaah kelihatan begitu khusyuk mendengar ceramah yang diadakan selepas waktu Maghrib itu.Mata mereka terpaku pada penceramah itusejak dari tadi lagi.

"Kita semasa masih hidup ni,mestilah sentiasa beringat!Kita hidup ni,sihat ke tidak?Kalau sihat,alhamdulillah.Kalu tak?Timbul pula dua persoalan.Kalau tak sihat,boleh sembuh ke tidak?Kalau sembuh,alhamdulillah.kalu tak?Timbul lagi dua persoalan.Kalau tak sembuh, mati ke tidak?Kalau hidup lagi,alhamdulillah.Kalau mati?Haa...timbul pula dua persoalan.Kalau mati tu balasan syurga ke neraka?Kalau syurga,alhamdulillah.Kalau neraka?Timbul sekali lagi dua persoalan.Kalau neraka,kekal ke sementara?Kalau sementara,kita pun minta jauhlah.Tapi kalau kekal?Naudzubillah!!!"penceramah itumeneruskan ceramahnya dengan penuh semangat.

Kemudian,lelaki yang berjubah putih dan berjanggut sedikit di janggutnya itu berhenti seketika sambil meneguk segelas air.Mungkin dia telah kehilangan sedikit suara dek kelantangannya menyampaikan ceramahnya itu sebentar tadi.Dia kemudiannya membetulkan sedikit kaca matanya dan meneruskan ceramahnya itu.Tidak lama selepas itu,nombor merah yang tergantung di dinding putih surau itu berkelip-kelip dan kemudiannya berbunyi,menandakan waktu Isyak telah masuk.Si penceramah lantas mengakhiri ceramahnya dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.Azan dilaungkan.Setelah itu,beberapa orang jemaah bangun menunaikan solat sunat sebelum mereka sama-sama menunaikan solat Isyak.Si penceramah tadi menjadi imam.Suaranya lunak merdu mendendangkan ayat-ayat suci Al-Quran.

"Assalamualaikumwarahmatullah!"Si imam lantas memberikan salam sambil memiringkan mukanya ke kanan dan ke kiri.Kemudian,dia menyapu mukanya.Para jemaah mengikuti tingkah laku si imam itu. Setelah membaca istighfar dan berzikir beberapa ketika,si imam membaca doa.Para jemaah tetap setia dengan si imam,turut menadahkan tangan mereka.

"Ermm.....Sebenarnya saya ada sesuatu yang ingin dibicarakan dengan ustaz.Tapi....sebelum tu,saya minta maaf kalau apa yang saya nak cakapkan ni akan menyinggung perasaan ustaz,"seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu tiba-tiba bersuara kepadanya apabila dia selesai menunaikan solat sunat selepas Isyak.Pada ketika itu,hanya dia dan lelaki itu yang tinggal.Sementara para jemaah lain telah pun beredar sejak daripada tadi lagi.Lelaki yang berbaju Melayu biru gelap itu kelihatan senyum apabila bercakap dengannya sambil menundukkan sedikit badannya,tanda dia hormat kepada guru agama yang terkenal di kampungnya itu.

"Ujarkan sahaja apa yang terpendam dalam hati kamu itu.Saya sedia menerimanya,Insya-Allah!"guru agama itu mengeluarkan suaranya yang agak kasar tetapi tetap merdu didengari itusambil meletakkan tangan kanannya di atas bahu lelaki itu.Dia juga turut memberikan senyuman,bagi membalas senyuman daripada lelaki berbajuMelayu biru itu tadi.Matanya jernih,mencerminkan keikhlasan kata-katanya tanpa sebarang kepura-puraan.

"Begini,ustaz.Erm....sebenarnya tadi saya ada ternampak si Umar,anak ustaz tu mencuri di kedai runcit saya,"lelaki itu meneruskan kata-katanya.Mukanya kelihatan cemas.Dia kini bagaikan cacing yang kepanasan,bimbang si ustaz itu akan memarahinya walaupun baru sahaja sebentar tadi si ustaz itu menyatakan janjinya tidak akan marah dengan kata-kata yang akan disampaikannya.Namun,dia mula kelihatan tenang apabila air muka si ustaz itu langsung tidak berubah.Mimik muka si ustaz itu tetap memaparkan ketenangan.

***************************************************************************

"Haaza shohih,yaa Ali!Benar,Ali!Aku tidak mencuri!"Umar meneguhkan kata-katanya itu.Matanya membulat.Di hadapannya,seorang remaja berbangsa Arab yang menjadi anak kepada sepupu ayahnya yang telah berkahwin dengan seorang gadis Mesir hanya mendengar pengakuan sumpahnya itu.Dia sedang bercuti di Malaysia dengan keluarganya sementara menanti musim panas di negaranya itu berakhir.Sememangnya kebanyakan warganegara di Tanah Arab yang kaya akan bercuti di luar negara apabila musim panas tiba.Mereka tidak suka akan suhu yang tinggi pada musim itu.

Mata Ali terkebil-kebil.Dalam fikirannya,betulkah Umar tidak mencuri?Jika tidak,mengapa ada aduan tentangnya?

"Benarkah kau tidak mencuri,wahai Umar?"Ali lantas membuka persoalannya itu.

Mata Umar berkerut,memandang Ali yang duduk di atas bangku bersamanya itu yang terletak di tepi sungai kampungnya.Sememangnya Umarbegitu gemar ke situ setiap kali selepas persekolahannya.Apabila Ali datang ke rumahnya untuk bercuti,Umar turut membawa Ali ke sana.

"Erm...Aku tidak bermaksud untuk tidak mempercayaimu.Namun aku menjadi ragu bagaimana boleh timbulnya tuduhan ituterhadapmu?"Ali cepat-cepat berkata,bimbang juga dia kalau Umar salah faham terhadapnya.

"Entahlah,Ali.Aku pun tak tahu"Umar menarik nafas yang dalam.Matanya memandang ke bawah.Dia mengenang kembali peristiwa pada malam itu.

"Betul,ummi!Umar tidak mencuri!"Umar menegaskan kata-katanya.

"Laa tukazzibu ummaka,ya ibni!Jangan tipu ibumu,wahai anakku!"Ayahnya tiba-tiba sahaja terpacak di depan pintu bilik itu.Memang selalu juga ayahnya berbicara Arab dengannya.

"Pak Mail dah beritahu Abi semuanya!Kamu mencuri di kedai runcit Pak Mail,kan?"ayahnya bersuara tegas.

"Tidak,Abi!Abi tak boleh tuduh Umar terburu-buru,Abi!Bukankah Islam menyuruh umatnya menyiasat terlebih dahulu dalam perkara sebegini,"Umar tetap mempertahankan kata-katanya.

"Sudah,Abi sudah siasat semuanya,Umar!Selepas solat Isyak kelmarin,Abi sudah pergi ke kedai Pak Mail.Abi tanya orang kampung di sekitar kawasan itu.Kamu tahu Umar,ramai orang kampung yang melihat kamu berlari bersama-sama rakan-rakanmu dari kedai Pak Mail sambil membawa barang yang dicuri!Umar,mungkin memang benarhanya sedikit barang yang kamu curi,tapi mencuri tetap dinamakan mencuri.Kau mahu mengaku sekarang,Umar?"ayahnya bernada lebih keras.Matanya membulat garang.

"Tidak,Abi!Umar tetap dengan pendirian Umar!Umar tidak mencuri!Tidak sekali-kali,ayah!"Umar tetap mempertahankan kata-katanya itu.

"Kau masih ingin berbohong,Umar?"wajah ayahnya merah bagaikan saga.Dia paling pantang apabila ada orang yang berbohong,inikan pula anak kandungnya sendiri.

"Mari sini,Umar!"lelaki tua itu mencapai rotan buluh yang digantung di dinding bilik itu.Tangan kanannya menggenggm erat pergelangan tangan anaknya.Beberapa bidasan rotan dilepaskan.Umar menjerit kesakitan.

"Sudahlah,bang.Saya kira itu sudah cukup menjadi pengajaran untuknya,"si ibu bersuara lembut.Lelaki itu berhenti merotan.

"Baiklah,sekarang cakap perkara yang sebenar!Usah berbohong lagi!"ayahnya bersuara tegas.Namun,Umar berdiam diri.Dia memalingkan mukanya daripada pandangan ayahnya itu lalu mula untuk melangkah keluar dari bilik itu.Tiba-tiba tangan Umar ditangkap ibunya.

"Umar,ini semua untuk kebaikanmu,"ibunya bersuara lembut.Umar tidak mempedulikan kata-kata ibunya itu,dia menarik tangannya dengan kasar sehingga terlepas daripada genggaman ibunya.Dia kemudiannya berjalan pantas ke biliknya.Tidak lama selepas itu,kedengaran bunyi kuat pintu biliknya yang sengaja ditutup dengan kasar oleh Umar.

"Bang,apa yang telah terjadi kepada anak kita tu?" wanita itu bersuara kepada suaminya.

"Entahlah,abang pun tak tahu,"si suami juga kelihatan buntu melihat perubahan sikap mendadak anaknya itu.Jika sebelum ini,Umar tidak pernah berperangai kasar sedemikian.Namun,peristiwa pada hari itu benar-benar membingungkan mereka.Khuatir.Bimbang.Semuanya tersimpul dalam satu ikatan hati mereka.Segala-galanya bermula setelah basikal Umar terbabas ke dalam sebuah parit dua minggu yang lalu.

***************************************************************************

Pagi itu,Umar pergi lagi ke rumah yang berwarna putih itu yang terletak di hujung kampungnya.Pagi itu hari Sabtu,oleh itu Umar berkesempatan untuk ke situ kerana tiada sesi persekolahan.Di rumah itu,beberapa orang lelaki yang berjubah putihdan berserban sedang menari-narimengelilingi sesuatu di dalam rumah itu.

"Assalamualaikum!"Umar memberi salam.

"Waalaikumussalam,Umar!Masuklah!"seorang lelaki tua yang berjanggut putih yang berpakaian jubah putih dan berserban menyambut kedatangannya itu.Umar masih ingat,itulah lelaki yang telah menolongnya apabila dia cedera setelah basikal yang ditungganginya terbabaske dalam parit tiga hari yang lepas.Lelaki itulah yang telah membawanya ke rumah itu dan merawatnya.Umar tertarik dengan kebaikan hati lelaki itu.Kemudian,ketika sedang dirawat,beberapa orang lelaki berjubah putih yang lain datang ke rumah itu.

"Inilah Imam Mahdi,imam yang ditunggu-tunggu!"salah seorang daripada lelaki berjubah putih itu mengeluarkan suara.Umar terkejut.Namun,dia hanya mendiamkan diri kerana bimbang akan menyakiti hati lelaki yang telah menolongnya itu.

"Lain kali,datanglah ke rumah ini.Kami sentiasa mengadakan majlis tazkirah di sini,"lelaki tua yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi itu tersenyum.Umar hanya mengangguk.Sejak peristiwa itulah,Umar kerap ke rumah itu.

"Umar,marilah sertai kami,menari mengelilingi serbuk garam mukjizat di atas talam ini sambil menyebut namaku.Pada hari Isnin ini,upacara ini akan selesai,"kata lelaki tua itu.Dia tersenyum.

"Untuk apa ini wahai tuan Imam Mahdi?"Umar bertanya ingin tahu.

"Kamu mahu ibu bapamu turut mengikuti ajaranku,bukan?"soal lelaki tua itu.Umar mengangguk.

"Hari Isnin ni,selepas habis sesi persekolahanmu,tunggu di halaman belakang sekolahmu.Pembantuku ini akan menghantar kepadamu sedikit serbuk garam ini.Kemudian,taburkan garam ini di sekeliling rumahmu,faham?"lelaki tua itu menjelaskan lebih lanjut sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah seorang lelaki yang berparut di pipinya.Umar mengangguk sekali lagi.

"Bagus,Umar!Insya-Allah nanti ibu bapamu akan menuruti ajaranku yang mulia ini.Tapi ada satu lagi perkara wajib yang perlu kamu laksanakan,"sambung lelaki tua itu.

"Apa dia,tua Imam Mahdi?Ujarkan sahaja,saya sedia melakukannya demi tuan!"Umar memandang tepat ke arah lelaki tua itu.

"Kamu wajib mencuri sedikit makanan untukku,"sambung lelaki tua itu lagi.

"Tapi,bukankah mencuri itu suatu perkara yang berdosa?"Umar mempersoalkan perintah lelaki tua itu.Dia teringat pesanan bapanya tentang perbuatan mencuri yag dikutuk dalam Islam.

"Umar,sesungguhnya Allah telah memberikan aku hak untuk menghalalkan dan mengharamkan apa-apa sahaja demi kepentingan ajaran yang aku bawa ini.Oleh itu,pada hari ini,aku halalkan untukmu mencuri,"lelaki tua itu berkata lagi.Bibirnya tetap mengukirkan senyuman.Umar mengangguk sekali lagi.

"Bagus,Umar!Ajaklah raka-rakan sepersekolahanmu yang lain yang telah menjadi pengikut ajaranku ini untuk menjalankan amanah ini.Ingat Umar,apabila ada yang menuduh dirimu mencuri,jangan mengaku kerana dirimu tidak mencuri sebenarnya tetapi hanya menjalankan amanah,"suara lelaki tua itu lagi.Umar tetap sahaja mengangguk.

"Ingat,Umar!Kamu mesti yakin dengan ajaran ini.Sesungguhnya aku ini Imam Mahdi yang sebenar!Aku datang membawa khabar gembira kepada seluruh manusia.Solat yang menyusahkan itu tidaklah perlu dilakukan lagi.Sesungguhnya perintah Allah supaya mendirikan solat di dalam Al-Quran itu hanyalah perintah Allah supaya sentiasa mengingatinya sahaja,bukannya solat yang dilakukan oleh rata-rata umat Islam sekarang ini.Itu semuanya ciptaan manusia!Hadis-hadis itu semuanya tidak boleh pakai.Semuanya hanyalah ciptaan para tabiin semata-mata.Yang benar yang kita boleh guna hanyalah Al-Quran.Itulah satu-satunya panduan kita,wahyu Allah yang dijamin keasliannya.Oleh itu,apabila kamu mendengar sesiapa membaca Al-Quran,hormatilah bacaan itu,"ujar lelaki tua itu dengan panjang lebar.Kata-katanya menambahkan lagi keyakinan Umar terhadap lelaki tua itu.

"Sudahlah,Umar!Mari kita menari mengelilingi garam mukjizat itu,moga-moga kita diberkati Allah,Insya-Allah!"lelaki tua itu mengajak Umar melakukan perbuatan karut itu bersama lelaki berjubah yang lain.Umar mengikutinya.

"Mahdi!Mahdi!Mahdi!"laungan suara Umar dan lelaki berjubah lain menggegarkan rumah putih itu.

***************************************************************************

Pagi itu matahari bersinar terang.Umar bergegas keluar dari rumahnya.

"Nanti,Umar!Ke mana kamu nak pergi?"ayahnya lantang bersuara.

"Perlu ke Umar beritahu semuanya kepada Abi?"Umar menengking keras kepada ayahnya.Dengan tergesa-gesa,dia mengambil basikal di bawah rumahnya dan terus mengayuhnya dengan laju.

"Ke mana anak kita nak pergi tu,bang?"ibu Umar mengerutkan dahinya.

"Entahlah,abang pun tak tahu.Tapi abang rasabaik kita ekori Umar,"si suami bersuara.

Perlahan-lahan,kereta yang berwarna hitam itu mengekori Umar.Di dalam kereta itu,sepasang suami isteri kelihatan begitu bimbang melihat gelagat anak mereka itu.Mereka mengambil jarak yang agak jauh dari Umar,tidak mahu Umar menyedari bahawa dia sedang diekori.

Umar memberhentikan basikalnya itu di hadapan sebuah rumah putih.Kawasannya agak terpencil,hanya rumah itu sahaja yang ada di kawasan itu sementara di sekelilingnya hanyalah hutan.Di halaman rumah itu,beberapa orang lelaki berjubah kelihatan sedang menyembah seorang lelaki tua.Mereka menundukkan lututdan dahi mereka di atas lantai sambil mengyun-ayunkan tangan ke atas dan ke bawah ke arah lelaki tua itu.Umar kemudiannya berjalan ke rumah itu,kemudian turut menyertai lelaki berjubah yang lain.

"Astarghfirullah.....Abang rasa itu kumpulan ajaran sesat yang sedang diburu sekarang.Rupa-rupanya mereka bersembunyi di sini,"ayah Umar mengeluarkan suara.

"Maksud abang....anak kita tu dah terpengaruh dengan ajaran sesat tu?Masya-Allah!Tapi macam mana anak kita tu boleh....."

Belum sempat si ibu meneruskan kata-katanya itu,tiba-tiba beberapa buah kereta polis kelihatan sedang menuju ke arah rumah itu.Kemudian,beberapa anggota polis keluar daripada kenderaan itusambil mengacukan pistol mereka ke arah rumah itu.

"Menyerah!Kamu telah dikepung!"pihak polis memberikan amaran.

"Tidak!Kami tidak akan menyerah!Wahai pengikut ajaran yang mulia ini sekalian,berjihadlah di jalan Allah!Serang laknatullah ini!"seorang lelaki tua yang menjadi ketua di situ melaung keras.Kemudian,lelaki-lelaki berjubah itu termasuklah Umar sendiri mengambil parang yang sudah tersedia di atas rumah itu lalu menyerang pihak polis.Oleh kerana tiada pilihan lain,pihak polis akhirnya melepaskan tembakan ke arah para penyerang.

Tanpa mempedulikan tembakan daripada anggota polis itu,lelaki-lelaki berjubah yang menyangka mereka berada di jalan yang benar itu terus melaung,"Mahdi Akbar!Mahdi Akbar!"mereka terus menuju ganas bagaikan singa yang kelaparan ke arah anggota polis itu.Akhirnya,pihak polis terpaksa juga meneruskan tembakan secara bertubi-tubi.Tidak lama kemudian,suasana menjadi sepi.Semua penyerang telah pun rebah,tidak mampu berdiri lagi, termasuklah ketua pengikut ajaran sesat itu dan Umar sendiri!

"Tidak!Umar anakku!"si ayah dan si ibu melaung kuat.Mereka membuka pintu kereta dan terus menuju ke tempat pertarungan itu tanpa mempedulikan pegawai polis yang ada di situ.Mereka berlari,menuju ke arah Umar.

Umar didapati tidak bernyawa lagi.Mereka memeluk erat mayat Umar.Air mata mereka begitu laju bercucuran.Si ibu dan si bapa berasa sungguh sedih dan kecewa.Impian mereka untuk melihat anak mereka itu menjadi insan yang soleh dan cemerlang hancur begitu sahaja.Anaknya kini mati dalam keadaan kufur.

***************************************************************************

"Kalau mati?Haa...timbul pula dua persoalan.Kalau mati tu balasan syurga ke neraka?Kalau syurga,alhamdulillah.Kalau neraka?Timbul sekali lagi dua persoalan.Kalau neraka,kekal ke sementara?Kalau sementara,kita minta jauhlah.Tapi kalau kekal?Naudzubillah!!!"

- Ceramah seorang guru agama Kampung Ombak-


Sebenarnya cerita ini adalah hasil kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Raja Masrina(Cikgu BM saya).
Berikut merupakan komen pembaca mengenai cerita Umar yang terdiri daripada rakan sekolah saya semasa cerita ini masih berada di kertas dan belum lagi ditaip:

Drp Mr.M (Muslim):
-Boleh dipertingkatkan lg.
-memberansangkan.
-tak disangka-sangka.

Drp niena(najjah):
hurm..quite interesting..a good ending..not da best one k..juz upgrade dat..ur handwriting the most..hehe...congrate..wish u best of luck..don't forget to update ur blog..I'm waiting for the consequences...

Drp entah (tak letak nama):
bagus...boleh tahanlah,ceritanye boleh dijadikan iktibar dan tauladan.Moga kita semua berada di atas jalan yang benar dan diredai Allah S.W.T....Amin....

Drp entah 2 (tak letak nama):
Tahniah kerana berjaya menghasilkan sebuah cerpen yang betul-betul memberi pengajaran dan kesan yang mendalam ke dalam diri pembaca..Moga kita semua dijauhi dr perbuatan yg sebegitu.Teruskan usaha bg menghasilkan karya yang berunsur keinsafan seperti ini dan bersyukurlah dgn rahmat akal yg dikurniakan-Nya.Insya-Allah....

Drp Hazmi Hamzah:
Karangan yang benar-benar menepati kehendak soalan.Karangan ini juga benar-benar dapat memberi pengajaran yang cukup berguna kepada pembaca dalam melayari kehidupan yang penuh pancaroba.Sye yakin Daus boleh wat cerpen lebih baik lg.Konklusinya,cerpen ni amat bagus.Tahniah!

Drp Dean UM :
Cerita yang sangat menarik yang pernah saya baca sebelum ini...
Cuma upgrade ur esei..Jangan banyak ngat potong-potong coz nmpk bolok ngat r..Good Luck in SPM 09..Hehe...Tulisan nok g perang....

Jumaat, 18 Disember 2009

Jom Belajar Bahasa Tubaf!

Pelajaran 1 (Kata Ganti Nama):

Saya- Du
Kami/Kita- Dus

Awak- Zu
Kamu(ramai) - Zus

Dia - Pe
Mereka - Pes

Ahad, 31 Mei 2009

Hujan besi

Perkataan,
satu yang pasti,
entah,
yang pergi,
tiada,
satu mimpi,
membawa,
yang dahulu kembali,
mengimbas,
hujan besi.

Jumaat, 29 Mei 2009

EPIRIUS SATRIDARWA

(PART 1)

Tahun 1425:

Malam kian pekat,semua penduduk di kampung itu kini sedang enak dibuai mimpi.Langsung tiada sebarang suara yang mengganggu keheningan malam,hanya deruan angin lembut dan suara binatang malam yang kadang–kadang kedengaran.Tiba-tiba sahaja,angin bayu malam bertukar kencang,langit yang hitam pekat tanpa sebarang bintang sebentar tadi bertukar warnanya menjadi merah sambil membentuk satu lingkaran. Kemudian muncul kilat hijau yang saling sabung-menyabung secara berterusan dari pusat lingkaran itu,menghasilkan dentuman yang sangat menggegarkan. Lantas seluruh penduduk kampung terjaga daripada buaian mimpi mereka,dalam sekelip mata sahaja semua rumah di situ bercahaya kembali,diterangi lampu pelita. Mereka menjengukkan kepala ke luar tingkap untuk melihat apa yang berlaku,sesetengah penduduk lelaki dewasa pula berkumpul di halaman kampung. “Apa yang telah berlaku ni?” semuanya kehairanan dengan apa yang telah berlaku.Keheningan malam di Kampung Desaria sebentar tadi kini bertukar riuh-rendah dengan suara-suara manusia ditambah pula dengan deruan angin yang kuat serta dentuman hebat petir yang saling sabung-menyabung pada malam itu.Tiada sesiapa yang tahu tentang punca kejadian aneh pada malam itu………………………….

" Epirius Satridarwa!!!" satu pekikan aneh tiba-tiba sahaja mencelah kebingitan malam itu.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Tahun 2001:

“Assalamualaikum,kelas!” Cikgu Raja Masrina yang cantik bersarungkan baju kurung bercorakkan bunga merah itu memberikan salam sejurus sahaja dia melangkahkan kakinya yang sentiasa laju bagaikan kilat itu ke dalam kelas .Seperti biasa, suaranya tetap lantang dan bersemangat.

“Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh!”,semua pelajar di dalam kelas itu terus bangun berdiri daripada kerusi masing-masing lalu menjawab panjang salam yang diberikan.Lantas,Fahmi Otot membacakan doa sebelum sesi kelas dimulakan.Pelajar-pelajar lain pula terus mengangkat tangan mereka lalu mengaminkan doa yang dibaca. Selesai berdoa,mereka pun duduk kembali di atas kerusi plastik berwarna biru itu.Semuanya mendiamkan diri,kononnya sedang menunggu pengajaran yang akan dimulakan oleh guru Bahasa Melayu mereka itu.Padahal, baru sebentar sahaja tadi, Kelas Tingkatan 4UIAM itu hingar-bingar dengan kebingitan suara-suara pelajar itu.Nampak sahaja kelibat Cikgu Raja Masrina, Shahmi Panjang, pelajar yang paling lonjong di kelas itu terus sahaja menjerit, “Cikgu Raja Masrina dah datang! Cikgu Raja Masrina dah datang!”.Lantas,mendengar sahaja jeritannnya itu,semuanya lari ke tempat duduk masing-masing.Kelas yang hingar-bingar sebentar tadi itu terus menjadi sepi.

“Baiklah,sila tunjukkan kepada saya karangan yang saya suruh kamu buat semalam,” Cikgu Raja Masrina lantas memulakan kelasnya itu dengan suaranya yang lantang.Seperti biasa, Din Mata Kuyu paling takut dengan soalan-soalan yang sebegitu daripada guru-gurunya,lebih-lebih lagi daripada Cikgu Raja Masrina sendiri yang sememangnya terkenal dengan sikap garangnya itu.Dia mula kelihatan resah,bagaikan cacing yang kepanasan. Keringat mula menitis keluar daripada dahinya biarpun kipas yang tergantung di tengah-tengah kelas itu sedang ligat berpusing betul-betul di atas kepalanya.Perlahan-perlahan,dia menundukkan mukanya yang agak temban itu ke arah mejanya,tidak sanggup untuk menatap mata gurunya yang kelihatan sedang bersinar terang itu,seakan-akan di sebalik sinaran itu seekor singa lapar sedang bersiap-sedia untuk menerkamnya pada bila-bila masa sahaja nanti.

“ Izzuddin,mana hasil kerja kerja kamu?” gurunya itu kini berada betul-betul di hadapan meja Din Mata Kuyu itu,menantikan jawapan daripadanya, satu jawapan yang tidak mungkin dapat dijawab olehnya. “Izzuddin bin Ibrahim,saya tanya ni,mana karangan kamu?!”suara gurunya itu bertambah lantang.Berderau darahnya apabila mendengar pertanyaan daripada gurunya itu.Jantungnya berdegup semakin kencang.Dia tidak tahu lagi apa yang patut dilakukannya pada masa itu.

“Sebenarnya….sebenarnya saya masih belum siapkan lagi karangan tu, cikgu,”dia akhirnya berkata perlahan.

“Apa?Kamu masih belum siapkan lagi karangan tu?!”Wajah Cikgu Raja Masrina kelihatan merah padam sejurus sahaja mendengarkan jawapan daripadanya itu.Habis lemah seluruh tubuh badannya yang gempal itu apabila mendengar tengkingan daripada gurunya itu,dia berasa bagaikan ingin pitam.Keringatnya semakin laju bercucuran keluar,jantungnya berdegup semakin kencang.Namun,dia tetap cuba bertenang.Dia sedar,lebih baik dia berterus-terang kepada gurunya itu daripada menipu.Kalaulah dia menipu,pasti rakan-rakannya yang lain akan terus membongkarkan rahsianya itu kepada Cikgu Raja Masrina.Memang dia kenal sangat dengan pelajar di kelasnya itu,terutamanya Ismail Froggy yang duduk di sebelahnya itu,memang dasar mulut tempayan, tak tahu simpan rahsia. Teruk dia nanti kalau sampai perkara itu berlaku!Sebenarnya semasa di kelas prep malam tadi,belum sampai lagi setengah jam, dia sudah pun lena tidur di atas mejanya. Padahal pada masa itu jam baru sahaja menunjukkan pukul 9:25 malam.Sememangnya begitulah perangainya semenjak dahulu lagi,tak boleh menatap buku lama-lama,pasti akan tertidur selepas itu. Sebab itulah dia digelar Din Mata Kuyu, kerana dia seringkali mengantuk di dalam kelas.Malah seluruh pelajar memanggilnya begitu,tak kiralah sama ada di kelas ke,di asrama ke,di padang sekolah ke malah di kawasan luar sekolah sekali pun,gelaran itu jugalah yang melekat di kepala pelajar-pelajar di sekolah itu. Dia pun tak kisah dengan gelarannya itu, sememangnya hampir setiap pelajar di sekolahnya itu mempunyai gelaran mereka yang tersendiri, memang dia tahu bahawa begitulah perangai para pelajar di sekolahnya itu yang agaknya memang sudah sebati dengan jiwa mereka,sesuka hati sahaja ingin menggelarkan orang lain dengan gelaran yang macam-macam. Namun,satu kelebihannya ialah,walaupun dia lebih gemar tidur daripada menatap buku, nombor satu tetap menjadi miliknya setiap kali peperiksaan.Itulah yang membuatkan ramai orang menjadi hairan dengannya,termasuklah guru-guru di sekolahnya itu.

“Assalamualaikum,cikgu!” Wajah Teacher Fazlinda,guru Bahasa Inggeris kelas kami terpacak di hadapan pintu kelas.Dia mengukir senyuman ke arah Cikgu Raja Masrina yang pada masa itu kelihatan betul-betul sedang panas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Din Mata Kuyu itu.Namun, kemarahan Cikgu Raja Masrina itu terus sahaja hilang sebaik sahaja Teacher Fazlinda muncul di depan kelas kami.Dia kemudiannya membalas kembali senyuman lembut dan salam daripada Teacher Fazlinda yang berbaju kurung bercorakkan bunga biru itu.

“Fuh…lega aku,mujurlah Teacher Fazlinda datang,selamat aku..”Din Mata Kuyu membisikkan perasaan lega di dalam hatinya.Namun,kemudian dia mengerutkan dahinya, semua pelajar di kelas itu juga begitu. “Eh,sape pulak yang datang tu ?”bisik Din Mata Kuyu di dalam hatinya. Muncul seorang remaja perempuan yang berpakaian sekolah lengkap dari sisi Teacher Fazlinda secara tiba-tiba.

“Siapa tu,cikgu?” Cikgu Raja Masrina kemudiannya membuka persoalannya tentang gadis itu kepada Teacher Fazlinda.Ibu jarinya tangan kanannya menunjuk ke arah gadis muda itu.Dahinya juga berkerut seperti para pelajar yang lain,namun bibirnya masih kekal mengukirkan senyuman.

“ Oh,inilah sebabnya saya datang ke kelas ni.Sebenarnya dia ni pelajar baru di Kelas Tingkatan 4UIAM ni.Baru je tadi dia sampai,” Teacher Fazlinda menjawab persoalan Cikgu Raja Masrina itu dengan lembut. “Kelas,kenalkan kawan baru kamu ni,Adibah Najihah,”sambung Teacher Fazlinda lagi dengan suara yang lantang.Pelajar perempuan baru yang agak montel itu lantas mengukirkan senyumannya kepada para pelajar di kelas itu sambil menundukkkan kepalanya sedikit.

“Tapi….bukan ke pengambilan pelajar Tingkatan 4 baru dah berakhir bulan lepas,cikgu.Kenapa Adibah Najihah ni datang lewat pulak?”Cikgu Raja Masrina kemudiannya mencelah dengan suaranya yang agak lembut dan senyuman yang manis itu,sangat berbeza daripada keadaannya sebentar tadi kepada Din Mata Kuyu.

“Sebenarnya, masa tu saya ada kat Jepun,sedang mengikuti Progam AFS.Tu sebab saya datang lambat sikit tu,cikgu.”pelajar baru itu tiba-tiba bersuara. “Oh,macam tu rupanya….Takpelah,sila datang ke depan,Adibah Najihah.Cikgu nak awak perkenalkan diri kepada pelajar-pelajar kelas ni”kata Cikgu Raja Masrina pula.Teacher Fazlinda pula kemudiannya meminta diri untuk beredar dari situ setelah selesai menjalankan tugasnya itu.Kemudian,perlahan-lahan,Adibah melangkahkan kakinya ke hadapan kelas .

“Errr….hai,semua! Saya Adibah Najihah,panggil je saya Jiji.Saya tinggaldi Kampung Pasir Kelam,kat daerah Kuala Terengganu.”katanya lembut memperkenalkan dirinya kepada para pelajar di kelas itu.
“ Jiji…duduk kat tepi sayalah,kat sini masih kosong!”laung Alia Mata Sepet secara tiba-tiba. “ Hah,Jiji…dah ada orang pelawa dah tu,pergilah duduk kat situ,” Cikgu Raja Masrina pula kemudiannya menyuruh Adibah yang lebih senang dikenali sebagai Jiji itu supaya duduk di sebelah tempat Alia Mata Sepet yang masih kosong itu.Selepas itu,Cikgu Raja Masrina meneruskan kelasnya seperti biasa,Cuma yang lainnya,Din Mata Kuyu tetap kena denda,dia disuruh oleh gurunya itu supaya berdiri di luar kelas sehinggalah habis sesi pengajarannya.Habis hancur impian Din Mata Kuyu sebentar tadi.Ingatkan dah dapat lepas daripada gurunya itu sebentar tadi,tapi ternyata gurunya itu bukan seorang yang pelupa.Bukan main malu lagi Din Mata Kuyu apabila pelajar-pelajar kelasnya dan pelajar-pelajar lain yang lalu-lalang di situ mentertawakannya.Terpaksalah dia bertebal muka selama satu jam setengah di situ.

Sudah dua bulan Jiji bersekolah di situ.Seperti para pelajar yang lain,dia juga sudah mendapat gelarannya sendiri.Oleh sebab badannya yang gemuk itu,dia digelar Jiji Bulat oleh para pelajar di sana.Namun,ternyata segemuk-gemuk dia pun,bukan calang-calang orang rupanya dia.Sejurus sahaja selepas bersekolah di sana,dia sudah mula dapat merampas kedudukan nombor satu Din Mata Kuyu dalam peperiksaan.Nampaknya buku sudahpun bertemu dengan ruas.Biar Din Mata Kuyu itu tahu langit tu tinggi ke rendah.Namun,tidak seperti Din Mata Kuyu, Jiji Bulat belajar dengan tekun dan bersungguh-sungguh,itulah rahsianya dia dapat merampas kedudukan daripada Din Mata Kuyu itu. Din Mata Kuyu itu pula mulai berasa cemburu dengannya kerana telah merampas kedudukannya dalam peperiksaan selama ini.Akibatnya,dia tidak pernah bertegur sapa dengan Jiji Bulat lagi selepas mengetahui bahawa Jiji Bulat telah merampas kedudukannya dalam peperiksaan.

Suatu hari,Jiji Bulat telah hilang.Seluruh sekolah gempar dengan kejadian itu.Habis seluruh tempat telah dicari,di asrama,di kelas-kelas,dan seluruh pelusuk kawasan sekolah itu telah pun dicari.Namun,semuanya ternyata sia-sia belaka.Jiji Bulat masih belum dapat dijumpai setelah satu hari satu malam menghilangkan diri.



* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

PART 2:

Perlahan-lahan, Jiji Bulat membuka matanya yang masih berat itu, cuba untuk mengamati keadaan di sekelilingnya. Lantas, dia menjegilkan matanya itu, alangkah terkejutnya dia apabila mendapati dirinya itu sekarang berada di sebuah tempat yang amat asing baginya. Lebih mengejutkan lagi ialah apabila mendapati dirinya sedang menerawang di udara di dalam sinaran cahaya hijau yang amat terang.Tiba-tiba, dengan sendirinya badannya menuruni cahaya hijau yang terang itu secara perlahan-lahan. Jantungnya berdegup begitu kencang, peluh pula semakin lebat membasahi wajahnya. Beberapa ketika kemudian, badannya mula menjejaki tanah, sementara cahaya hijau itu pula mulai menghilang sedikit demi sedikit.

“ Di mana aku sekarang? Apa yang telah terjadi ni?” hatinya mulai tertanya-tanya. Seingatnya, sebelum itu dia sedang mengulangkaji mata pelajaran Biologi di bilik study di asramanya. Ketika itu, jam di dinding bilik itu tepat menunjukkan pukul 3:00 pagi. Sememangnya sudah menjadi kebiasaannya bangun pada waktu malam untuk belajar seorang diri sehinggakan para pelajar lain kecuali Din Mata Kuyu itu selalu memujinya bukan sahaja kerana kerajinannya namun juga kerana keberaniannya belajar berseorangan pada waktu malam. Namun, malam itu bukanlah malam yang biasa sebagaimana malam-malam yang lain. Ketika sedang membelek-belek buku nota Biologinya, langit yang agak cerah diterangi cahaya bulan purnama pada malam itu tiba-tiba sahaja bertukar warnanya menjadi merah. Bulan yang bulat bersinar terang sebentar tadi tidak lagi kelihatan, yang ada hanyalah pusaran besar yang tiba-tiba sahaja muncul di tengah- tengah langit yang telah bertukar rupa itu.

“ Eh, apa yang terjadi ni?” bisik hatinya itu lantas menjengukkan kepalanya ke luar tingkap untuk mengamati dengan lebih dekat kejadian aneh itu. Keningnya terangkat tinggi dan dahinya berkerut rapat, tandanya amat hairan dengan kejadian itu. Namun, belum pun sempat dirinya untuk mengamati dengan lebih jelas kejadian alam yang aneh itu, tiba-tiba muncul satu sambaran kilat hijau yang pantas meluru ke arahnya. Akhirnya, sebaik sahaja sedar, dia sudah pun berada di tempat itu.

“ Tangkap ahli sihir itu! Jangan biarkan dia terlepas! Kita mesti bunuh dia!” Satu laungan suara kasar mengejutkan Jiji Bulat. Matanya tiba-tiba terbeliak, satu demi satu kejutan diterimanya. Belum pun selesai menghuraikan misteri tentang dirinya yang tiba-tiba sahaja berada di tempat asing itu, muncul pula segerombolan manusia yang entah dari mana munculnya sambil memegang parang, lembing dan beberapa lagi senjata tajam sambil meluru laju ke arahnya.

“Ahli sihir?! Sejak bila pula aku jadi ahli sihir ni?” Daripada tindakan mereka itu, Jiji Bulat dapat meneka bahawa ahli sihir yang ingin ditangkap dan dibunuh yang dimaksudkan oleh mereka itu ialah dirinya!

“Alamak! Apa aku nak buat ni!” Jiji Bulat meraung semahu-mahunya di dalam hati.Gerombolan manusia itu didapatinya semakin dekat menghampirinya. Dalam masa beberapa saat lagi, nyawanya mungkin akan melayang. Tiba-tiba, Jiji Bulat terasa satu sentuhan tangan dengan pantas memegang pergelangan tangannya. Sejurus selepas itu, dia tidak dapat melihat dirinya sendiri lagi. Jantungnya berdegup kencang, dia sendiri tidak pasti dengan apa yang telah berlaku kepadanya. “ Adakah malaikat maut sudah mula menjemputku?” bisik hatinya.

“Jangan risau, dirimu selamat sekarang. Kamu sudah menjadi halimunan. Dirimu tidak akan dapat dilihat oleh mereka!” satu suara halus tiba-tiba kedengaran di kedua- dua belah cuping telinganya.


“ Apa? Halimunan?!” Jiji Bulat bersuara .Dia bagaikan tidak percaya dirinya itu telah menjadi halimunan. Tanggapannya sebelum ini, perkara-perkara sebegitu hanyalah fiksyen semata-mata. Namun, dia sedar bahawa tanggapannya itu selama ini nyata merupakan satu kesilapan. Namun, siapa yang telah menjadikannya halimunan?

“ Ssyyy! Jangan bersuara, nanti mereka akan terdengar!” Suara itu kembali membisik. Jiji Bulat menuruti arahan suara itu sambil terus mendiamkan dirinya.

“ Cis! Mana ahli sihir itu?!” seorang lelaki yang bermisai lebat bersuara lantang. Tangannya menggenggam erat parangnya itu. Di wajahnya tampak jelas tanda-tanda kemarahan kerana terlepas ahli sihir yang ingin ditangkapnya tadi. Padahal, baru sahaja tadi dia melihat sasarannya betul- betul di hadapannya . Namun, sasarannya itu tiba-tiba sahaja ghaib begitu sahaja.

“ Nampaknya ahli sihir itu telah menggunakan sihirnya itu untuk melepaskan diri. Kita terpaksa pulang dahulu, hari pun sudah semakin senja. Tapi, lain kali kita takkan biarkan dia terlepas lagi!” lelaki itu kemudiannya berpaling kepada yang lain sambil menyatakan cadangannya itu untuk pulang dahulu. Akhirnya, kerana hari sudah mulai senja,mereka terus berlalu dari tempat itu.

Setelah kawasan itu telah betul-betul ditinggalkan oleh mereka, pergelangan tangan Jiji Bulat yang digenggam kemas oleh tangan misteri itu tadi mula dilepaskan kembali. Perlahan-lahan, Jiji Bulat mulai kelihatan kembali. Dia mula dapat melihat dirinya. Setelah itu, dia mendapati seorang wanita yang bersarungkan pakaian serba hijau berada di sisinya.Rambutnya yang panjang terurai menutup sebahagian wajahnya.

“ Siapa kamu? Apa yang telah terjadi sebenarnya ni? Tempat apa ni?” Pelbagai persoalan mula diluahkan oleh Jiji Bulat kepada wanita itu. Hatinya sudah tidak mampu lagi bersabar untuk mendengar wanita itu menjelaskan kepadanya perkara yang sebenar.

“ Selamat datang ke tahun 1425. Salam perkenalan, saya Epirius Satridarwa!” kata wanita itu kepadanya dengan lembut sambil mengukirkan senyuman.

“ Apa? Epirius Satridawa? Bukankah Epirius Satridarwa tu puteri Mesir pada zaman Mesir Purba? Seorang puteri Mesir yang telah membunuh kekandanya sendiri untuk menjadi Firaun,”Jiji Bulat mengeluarkan bicaranya.

“ Ya, benar! Saya adalah seorang puteri Mesir pada zaman Mesir Purba! Tapi saya bukan pembunuh sebagaimana yang kamu katakan.Percayalah, keadaan yang sebenar bukanlah sebegitu! Seperti kamu, saya telah datang daripada masa yang berlainan,” kata wanita itu.

“ Saya sebenarnya susah untuk mempercayai semua ini. Tapi jika benar kata kamu, bagaimana kamu boleh bercakap dalam bahasa Melayu ni? Bukankah kamu ni puteri Mesir? Apa tujuan kamu datang dari zaman Mesir Purba ke tahun 1425 di Tanah Melayu ni? Dan yang paling penting, apa kena-mengenanya saya dengan semua ni?” Jiji Bulat kemudian menyambung lagi persoalannya, masih tidak berpuas hati dengan jawapan ringkas yang telah diberikan oleh Epirius Satridarwa itu.

“ Nanti saya akan jelaskannya kepada kamu. Namun buat masa ini, kamu harus saya bawa ke satu tempat! ” kata Epirius Satridarwa pula. Sebaik sahaja mengabiskan bicaranya itu, dia terus memegang lengan Jiji Bulat. Lantas, cahaya hijau yang terang mula membaluti tubuh mereka berdua. Kemudian, dalam sekelip mata sahaja mereka terus hilang daripada kawasan hutan itu.






* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *



“ Korang rasa kat mana Jiji Bulat dah pergi?” Mail Froggy tiba-tiba sahaja membuka persoalan itu di dalam kelasnya. Di hadapannya, Shahmi Lonjong, Fahmi Otot,Alia Mata Sepet dan Fatin Cermin sedang tekun membuat karangan Bahasa Inggeris yang disuruh oleh Teacher Fazlinda sebagai tugasan semasa ketiadaannya di dalam kelas ketika itu kerana sedang menghadiri mesyuarat guru.

“ Ishh, kau ni! Boleh tak kau diam sikit.Nak bincang pasal tu nantilah.Sekarang ni kita kenalah concentrate dulu dengan karangan ni, teacher suruh kita duduk dalam group bukannya untuk kita berbual kosong!” tegah Fatin Cermin. Kemudian dia mencapai cermin mini di dalam saku bajunya lalu melihat wajahnya sambil membetulkan sedikit tudungnya. Sememangnya begitulah tabiatnya sehinggakan dia digelar Fatin Cermin oleh rakan-rakannya.

“ Hek eleh… yang dia tu, asyik dengan cermin je tu, concentratelah tu kononnya?” celah Shahmi Lonjong pula lalu diiringinya dengan ketawa. Lantas, seluruh kelas itu hingar-bingar dengan derai tawa daripada para pelajar itu.

“ Aku rasa Jiji Bulat dah kena culik dengan jinlah!” kata Fatin Cermin lagi, cuba untuk mengalih topik perbualan. Padahal baru sahaja tadi dia menegah Mail Froggy yang cuba untuk berbincang tentang hal itu.

“ Tak mungkin, sebab semua pengamal perubatan yang pihak sekolah jumpa kata Jiji Bulat tak ada dalam alam jin!” Fahmi Otot pula mengeluarkan bicaranya.

“ Habis tu, kat mana Jiji Bulat dah pergi?” tanya Alia Mata Sepet pula.

“ Assalamualaikum,semua!” Cikgu Hasnizan, guru mata pelajaran Sejarah kelas itu tiba-tiba sahaja muncul di hadapan pintu kelas. Lantas, semua pelajar di kelas itu kembali ke tempat duduk masing-masing. Kemudian, mereka membaca doa sebelum Cikgu Hasnizan memulakan pengajarannya.

“ Baiklah, hari ini kita akan sambung pelajaran kita tentang Tamadun Mesir Purba yang telah wujud sejak tahun 5000 sebelum Masihi. Seperti yang kita tahu, pemerintahan tamadun ini diketuai oleh Firaun. Tetapi, bukan semua Firaun adalah lelaki. Terdapat juga Firaun wanita,” guru sejarah yang berkaca mata tebal itu tiba-tiba sahaja berhenti apabila melihat Din Mata Kuyu yang telah melelapkan matanya.

“ Izzuddin, siapakah Firaun wanita yang pertama? ” guru itu lantas melantangkan suaranya kepada Din Mata Kuyu, sengaja untuk mengenakannya. Lantas, dengan terpinga-pinga Din Mata Kuyu bangkit daripada tidurnya lalu terus berdiri untuk menjawab pertanyaan daripada gurunya itu.

“ Err… Firaun wanita pertama ialah Firaun Hatshepsut. Dialah yang telah membina terusan dan menukar padang pasir kepada tanah pertanian yang subur. Nama sebenarnya ialah Hatshepsut Harigash dan dia mempunyai dua orang kakak iaitu yang paling sulung ialah Kariswati Dillias dan yang kedua ialah Epirius Satridarwa. Walaupun dia adalah yang paling muda, namun dia telah terpilih untuk menjadi Firaun pada zamannya. Kisahnya begini, Epirius Satridarwa adalah seorang puteri Mesir yang tamakkan kuasa. Dia bercita-cita untuk menjadi Firaun. Namun dia sedar bahawa pengganti yang akan dipilih selepas kemangkatan ayahandanya ialah Kariswati Dallias selaku yang paling tua. Akhirnya pada suatu hari dia telah membunuh Kariswati Dallias dengan meletakkan racun ke dalam makanannya. Namun, tindakannya itu disedari oleh Hatshepsut Harigash. Lantas, dia telah dijatuhkan hukuman mati. Akhirnya, Hatshepsut telah dipiilih menjadi Firaun,” terang Din Mata Kuyu dengan panjang lebar lantas terus tersenyum bangga kerana dapat menjawab soalan daripada gurunya itu.

“Bagus, Izzuddin! Satu jawapan yang cukup panjang dan lengkap!” Cikgu Hasnizan lantas memuji Din Mata Kuyu atas jawapan yang diberikannya itu. Din Mata Kuyu pula mula bertambah “ kembang” apabila mendengar pujian itu. Lantas, seluruh pelajar di kelas itu mencebikkan muka mereka, tanda meluat dengan sikap Din Mata Kuyu yang semakin “ kembang” dengan pujian daripada Cikgu Hasnizan itu.

“ Assalamualaikum, cikgu!” seorang pelajar tingkatan tiga tiba-tiba sahaja muncul di depan kelas.

“ Waalaikumussalam. Awak nak jumpa siapa?” tanya guru sejarah itu pula.

“ Bukan nak jumpa orang, cikgu. Tapi tadi pengetua suruh saya beritahu semua pelajar kelas ni supaya berkumpul kat bilik mesyuarat sekarang juga.” Jelas pelajar itu.

“ Hah? Kumpul kat bilik mesyuarat? Kenapa?” tanya guru itu kembali.

“ Entahlah, cikgu! Setakat tu je yang saya tahu. Kalau dah takde apa-apa lagi, saya minta diri dulu,” lalu pelajar itu pun berlalu pergi dari kelas itu. Kemudian Cikgu Hasnizan mengarahkan semua pelajar Kelas 4UIAM itu supaya pergi ke bilik mesyuarat setelah medengar arahan daripada pengetua itu tadi. Timbul satu persoalan daripada para pelajar itu tentang tindakan pengetua itu yang tiba-tiba sahaja memanggil mereka ke bilik mesyuarat. Apa tujuannya?

“ Assalamuailaikum,semua. Sebenarnya cikgu ada satu berita untuk diberitahu kepada kamu,” pengetua memulakan bicaranya setelah mendapati semua pelajar kelas itu telah berkumpul di situ. Di sisinya terdapat beberapa orang pegawai polis.

“ Sebenarnya pihak polis telah pun menjumpai Adibah Najihah,” sambung pengetua itu lagi. Kemudian seluruh kawasan bilik mesyuarat hingar-bingar dengan suara para pelajar itu. Mereka cukup senang dengan berita itu, selama ini Jiji Bulat cukup peramah dengan para pelajar yang lain. Namun, timbul persoalan dalam diri mereka, mengapa wajah pengetua itu kelihatan redup? Seolah-olah dia tidak gembira dengan berita yang disampaikannya itu.

“ Tapi, ketika dijumpai……. dia telah pun didapati meninggal dunia kerana dibunuh oleh seseorang,” sambung pengetua itu lagi, namun kali ini agak berat untuknya mengatakan berita itu. Semua pelajar lantas membeliakkan mata masing-masing, tidak percaya dengan apa yang diberitahu itu. Seketika kemudian, tangisan mula mengisi suasana, terutamanya para pelajar perempuan. Sementara para pelajar lelaki pula hanya mendiamkan diri mereka kecuali Din Mata Kuyu, musuh ketat Jiji Bulat itu selama ini. Tanpa dia sedari, air matanya juga turut mengalir keluar lalu membasahi pipinya. Ternyata dia juga turut merasakan kesedihan atas kehilangan Jiji Bulat walaupun selama ini dia menganggapnya sebagai seorang musuh ketat. Satu demi satu peristiwanya yang bermusuhan dengan Jiji Bulat dahulu mula terbayang di fikirannya, timbul satu rasa penyesalan yang amat sangat atas perbuatannya kepada Jiji Bulat dahulu. Lalu, air mata yang sudah sedia ada itu jatuh berguguran dengan lebih pantas, bercucuran keluar lalu terus berlari melalui kedua-dua belah pipinya. Dia kemudiannya cuba untuk menyorokkan wajahnya yang sudah basah dengan deraian air mata itu dengan kedua-dua belah tapak tangannya, cuba untuk menutup air jernih yang semakin lebat keluar daripada matanya itu. Namun, para pelajar itu masih tidak tahu bahawa berita buruk itu masih tidak berakhir sekadar di situ sahaja.

“ Sebenarnya….. pihak polis mengesyaki bahawa salah seorang di antara kamu yang menjadi pembunuhnya. Ismail, kamu yang disyaki!”


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

PART 3:

"Anakandaku Kariswati Dallias, ayahanda tidak akan mampu untuk bertahan lebih lama lagi di alam ini. Anakanda adalah puteri yang akan mewarisi takhta pemerintahan bumi Mesir ini,"suara pemerintah Mesir yang sedang terlantar di atas katil emasnya itu bersuara lemah. Di sisinya, tiga puterinya setia menemani ayahanda mereka yang akan berangkat ke alam lain yang mereka percayai itu sebentar sahaja lagi. Namun,tumpuan pemerintah yang gering itu hanya tertumpu kepada anakandanya yang sulung.

"Tapi ayahanda,anakanda merupakan seorang wanita. Tidak pernah tercatat dalam sejarah bumi Mesir ini bahawa seorang wanita yang menerajuinya,"
wanita itu bersuara lembut.

"Hah!Hah!Hah!Justeru itu,ayahanda bangga puteri ayahanda ini bakal menjadi Firaun Mesir wanita yang pertama!" kata pemerintah itu pula. Sejurus menghabiskan kata-kata itu,ayahandanya itu melelapkan matanya itu buat selama-lamanya,meninggalkan kerajaan Mesir yang telah dipimpinnya selama berpuluh-puluh tahun. Lantas,ketiga-tiga orang puterinya bingkas menyeru-nyeru nama ayahanda mereka, namun tiada jawapan yang diberikan. Tangisan mula mengisi suasana.

“Siapa yang meninggal dunia tu?”suara jiji yang berdiri tidak jauh daripada tempat itu.

“Itulah ayahandaku,sebelum mangkat,baginda telah meninggalkan wasiat untuk menyerahkan kerajaan Mesir ini kepada Kariswati Dallias,kekandaku yang sulung,” wanita yang berambut agak panjang itu menjawab persoalannya.

“Maknanya sekarang ini kita berada pada zaman Mesir purba ke?”tanya Jiji lagi.

“Ya, tapi hanya berada dalam gambarannya sahaja…ituah sebabnya kita hanya boleh melihatnya sahaja…mereka tidak boleh melihat kita dan kita juga tidak boleh berbuat apa-apa di sini melainkan melihatnya sahaja,”wanita di sisinya itu menjelaskan lagi.

Kemudian, Jiji cuba menyentuh meja emas di tepinya. Tidak berhasil.Tangannya menembusi meja yang bersinar terang itu.Dia seakan-akan hanya roh di situ,tidak mampu berbuat apa-apa kecuali menyaksikan.Kata-kata wanita itu diakuinya walaupun masih sukar baginya untuk menerima bahawa dia sedang merentas masa!

“Jap…jap…kau ni Epirius..kalau macam tu,patutnya kau ada dekat tepi ayahanda kau tulah kan masa ayahanda kau tengah gering ni..tapi kenapa dalam tiga orang puteri tu, takde pun kau?”soal Jiji Bulat lagi,hairan dengan situasi itu.

“ Sabar……tunggu sahaja sehingga kamu saksikan kesemuanya,”wanita itu bersuara .Dia kemudiannya mengerling ke arah Jiji dengan wajah yang agak serius. Jiji mengerutkan dahinya tanda dia tidak faham dengan apa yang berlaku.

“Ayahanda telah meninggalkan kita sekarang, siapakah yang akan memimpin negeri ini nanti?” si puteri sulung, Kariswati mengajukan soalan dalam kesedihan.

“Kakanda, bukankah ayahanda telah mewasiatkan kakanda supaya menjadi pemerintah seterusnya?” si puteri bongsu bersuara.

“Tapi, belum pernah di dalam sejarah Mesir wanita yang menjadi firaun. Jika kakanda menjadi firaun yang seterusnya, kakanda khuatir tidak akan mampu menanggung bebannya,” Kariswati Dallias menyuarakan pula kata-katanya.

“Wahai kakanda-kakandaku sekalian, tangguhkanlah dahulu perbicaraan sedemikian itu. Jasad ayahanda pun belum disemadikan lagi.Tidak elok kita berbicara hal begitu sekarang,” si puteri yang satu lagi menegah perbicaraan mereka.

“Angkatlah jasad pemerintah lama itu, semadikan dia. Nanti majlis pengumuman firaun yang baru akan diadakan,” tiba-tiba Imhotep, seorang pembesar yang paling berkuasa di situ muncul di hadapan kamar. Lantas, beberapa orang pemuda muncul dan menjalankan perintahnya itu.

“Wahai puteri-puteri Mesir sekalian,tahukah kamu siapa yang akan menjadi firaun yang baru nanti?” Imhotep mengajukan soalan sejurus sahaja selepas jasad firaun yang baru sahaj mangkat itu dibawa keluar dari bilik itu.

“ Adapun yang akan menjadi firaun yang baru nanti adalah Kariswati Dallias, kerana ayahanda telah mewasiatkan yang sedemikian,”kata si puteri bongsu.

“Ha!Ha!Ha! Tidak! Wanita tidak mungkin menjadi firaun.Oleh itu, akulah yang akan menjadi firaun yang baru nanti. Dan kalian……….” Tiba-tiba Imhotep menghadapkan tapak tangan kanannya ke arah ketiga-tiga orang puteri itu, lalu cahaya merah muncul di tapak tangannya itu. Ketiga-tiga orang puteri itu terkejut dengan tindakan pembesar Mesir itu.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

BAB 6:

“ Cikgu, kenapa pula saya yang disyaki sebagai pembunuhnya?” Ismail bersuara lantang,cuba mempertahankan dirinya.

“Ismail,cikgu harus berlaku adil kepada pihak polis. Sebenarnya….pihak polis menjumpai cap cari kamu pada senjata yang digunakan untuk pembunuhan Jiji. Dan….sebenarnya..” si pengetua cuba menyambung, namun tiba-tiba seorang anggota polis yang berada di sebelah kanannya menegah.

“Cikgu, biar saya sahaja yang terangkan kepada mereka,” kata polis yang bertubuh tegap itu. Matanya merenung tajam para pelajar di hadapannya itu.

“Baiklah,”jawab pengetua itu,nadanya cukup rendah.

“Sebenarnya, selain cap jari Ismail, pihak polis juga menjumpai ini tidak jauh dari lokasi pembunuhan,” kata lelaki itu. Tangannya yang bersarung tangan putih itu mengangkat sekeping gambar yang telahpun dabalut dengan plastik lutsinar. Para pelajar yang berada di hadapannya itu cuba mengamati gambar itu. Mereka amat mengenali gambar itu. Gambar itu adalah gambar mereka sekelas yang ditangkap semasa jamuan awal tahun dahulu di hadapan dewan sekolah. Pada masa itu, Jiji turut berada di situ. Namun, terdapat satu lorekan bulat berdakwat merah ditandakan pada wajah Jiji pada gambar itu.

“Habis tu? Kenapa kami semua disyaki? Tidak mustahil kalau Ismail yang tandakan bulatan merah pada muka Jiji tu kan? Bukan ke cap jari Ismail yang dijumpai? Tangkap sahajalah Ismail kalau dia yang salah! Kenapa mesti libatkan kami?” Alia Mata Sepet tiba-tiba bersuara. Dia merenung Ismail dengan pandangan yang tajam. Ismail terkejut, sampai hati Alia berkata begitu kepadanya, seolah-olah dia memang pembunuh Jiji yang sebenarnya.

“ Alia, sudah berapa lama kita berkawan? Takkanlah kau percaya aku sanggup bunuh orang?”Ismail pula mempertahankan diri.

“ Ismail, kalau dah salah tu mengaku jelah, bukti dah ada! Hei Mail, kalau bangkai gajah tu memang dah ada, macam mana lagi nak tutup?” Alia besuara sinis. Makin panas hati Ismail mendengar suara becoknya itu. Baru dia tahu bagaimana perangai Alia yang sebenar.

“Jangan bertengkar di sini. Saya belum habis mengemukakan bukti yang kedua ini,” polis itu cuba menenangkan mereka berdua. Kemudian, dia membalikkan gambar itu. Terdapat sesuatu di belakang gambar itu.

“ Biar saya bacakan apa yang tertulis di belakang ini,” lelaki polis itu menyambung.

“ Di sini tertulis: “Objektif kita adalah membunuh Jiji…
Oleh: semua warga kelas 4UIAM kecuali yang akan dibunuh“
Di bawah tulisan ini terdapat tandatangan kamu semua,” lelaki itu kembali menyambung. Bilik itu mula riuh dengan suara para pelajar itu.

“ Mungkin bukan kamu yang buat semua ni, tapi buat sementara waktu ini, kami terpaksa menahan dulu kamu sehingga kamu benar-benar terbukti tidak bersalah. Kami tidak ingin menolak sebarang kemungkinan, mungkin sahaja memang kamu semua yang merancang pembunuhan ini. Anggota polis akan menahan kamu semua sekarang,” lelaki itu menghabiskan penerangannya. Sejurus selepas itu,semua anggota polis di dalam bilik itu menjalankan tugas masing-masing, mereka mula menggari para pelajar di situ. Para pelajar di situ mula menjadi tidak keruan. Bingung, ketakutan, semuanya di dalam hati mereka ketika itu.

“ Tidak! Kami tak bersalah!” Fatin Cermin menjerit, meminta simpati. Namun, suaranya itu bagaikan sekadar angin lembut yang langsung tidak memberikan apa-apa kesan.


Mimpi.Semua itu sekadar mimpi. Perlahan-lahan, Din Mata Kuyu membuka matanya.Semua mata di dalam kelas itu tertumpu kepadanya. Di hadapannya, tercegat Cikgu Hasnizan, cikgu sejarah kelas mereka.

“Izzudin, lain kali bawa bantal dan selimut sekali, ya?” gurunya itu bersuara. Lantas, seluruh kelas pecah dengan deraian ketawa.


“ Assalamualaikum, cikgu!” seorang pelajar tingkatan tiga tiba-tiba sahaja muncul di depan kelas.

“ Waalaikumussalam. Awak nak jumpa siapa?” tanya guru sejarah itu pula.

“ Bukan nak jumpa orang, cikgu. Tapi tadi pengetua suruh saya beritahu semua pelajar kelas ni supaya berkumpul kat bilik mesyuarat sekarang juga.” Jelas pelajar itu.




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

BAB 7:


“Argh!!!” Imhotep menjerit kesakitan. Matanya terbeliak. Cahaya merah di tangannya yang ingin digunakan untuk membunuh ketiga-tiga orang puteri itu mulai malap dan menghilang. Dia memalingkan badannnya ke belakang. Seorang lelaki muda yang agak kurus melihatnya dengan pandangan yang tajam, penuh kebencian.
Imhotep kemudiannya ketawa kecil, sinis.

“ Ha!Ha!Ha! Apa yang kau fikir kau lakukan ni? Kau sangka dapat membunuhku dengan senjata ini? “ Imhotep mempersendakan lelaki itu. Dia kemudiannya mencabut pedang hijau yang ditusukkan ke belakangnya itu.

“ Kau tidak mungkin dapat membunuhku.Dengan kesaktianku ini, tiada sesiapa pun mampu membunuh aku! Aku telah hidup sejak beratus-ratus tahun dahulu lagi, dan aku tidak akan mati! Aku kekal abadi! Ha!Ha!Ha!” Imhotep menyambung dengan kata-katanya yang angkuh.

“ Pedang yang aku tusukkan itu bukanlah pedang biasa, Imhotep. Itu adalah Pedang Epirius Satridarwa!” Lelaki yang bertubuh kurus itu bersuara. Bibirnya kemudian menguntumkan senyuman sinis.

“ Apa?!! Tidak mungkin! Mustahil kau boleh mendapatkan pedang ini! “ Imhotep terkejut. Keegoannya sebentar tadi hilang entah ke mana.

“ Masa kau dah tamat, Imhotep!” Lelaki itu bersuara. Sejurus sahaja selepas itu, seluruh badan Imhotep musnah, bertukar menjadi pasir.

“ Hah? Apa ni? Aku semakin tak faham..Pedang Epirius Satridarwa?” Jiji Bulat menyoal wanita yang berada di sisinya itu, wanita misteri yang telah membawanya merentasi masa ke zaman Mesir Purba itu.

“ Epirius Satridarwa telah menjumpai sebuah kamar rahsia di bawah tanah piramid ini yang telah beratus-ratus tahun tidak diketahui. Di dalamnya, sebuah pedang hijau telah dijumpai. Sempena penemuannya, pedang itu telah dinamakan dengan namanya sendiri. Pedang itu telah menjadi sebahagian daripada diri si puteri itu,” wanita itu menjelaskan.

“ Aku adalah pedang itu,” wanita itu menyambung.







* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *




BAB 8:

“ Prof, kita dah kesuntukan masa! Jika kita tidak mengembalikan Jiji sekarang, dia mungkin akan terus terperangkap di situ selama-lamanya!” wanita muda yang berdiri di sebelah lelaki tua yang berusia separuh abad itu kelihatan begitu resah. Matanya menyinarkan kebimbangan di sebalik kaca matanya yang berbikar hitam itu. Makmal yang dipenuhi dengan alatan berteknologi canggih itu sepi seketika. Lelaki tua itu terdiam, dia kelihatan seperti sedang memikirkan sesuatu. Matanya tertumpu tajam ke arah skrin hijau di hadapannya itu. Dia menekan beberapa papan kekunci, data-data yang terpapar di skrin itu bertukar lebih kompleks. Dia berhenti, memalingkan wajahnya ke arah wanita di tepinya.

“Nabilah, kita tidak ada pilihan lain, kita terpaksa. Jika kita tersilap langkah, sejarah akan berubah! Ingat Nabilah, satu sahaja langkah yang tersilap, semuanya akan turut musnah!” lelaki tua itu akhirnya bersuara.

“ Tapi, prof……”

“ Nabilah, saya tahu kamu risau akan keadaan Jiji. Tapi percayalah, dia tidak akan apa-apa. Sudah lamu kamu kenal Jiji, bukan? Lagipun,kita tidak akan dapat selamatkan nyawanya jika kita kembalikan dia sekarang!” belum sempat lagi Nabilah menghabiskan kata-katanya itu, Profesor Hakim sudah mencelah. Dia masak benar akan perangai Profesor Hakim itu, cukup tegas dengan pendiriannya. Dia akhirnya mengalah, namun hatinya tidak mungkin akan berhenti dihurung perasaan bimbang.

Tiba-tiba, terpancar pancaran merah dari garisan bulat di lantai yang berada di tepi mereka, daripada pancaran itu, susuk tubuh seorang lelaki muncul dalam samar-samar. Cahaya itu semakin menghilang dan seorang lelaki muda yang berpakaian hitam mulai kelihatan.

“ Kamu temui apa-apa yang menarik, Nazmi?” Profesor Hakim menyoal lelaki yang baru sahaja mucul itu.

“ Saya telah pun menemui lokasi kemunculan Pedang Epirius itu, Prof,” lelaki itu berkata lembut. Bibirnya mengukirkan sekuntum senyuman. Profesor Hakim kelihatan terkejut, gembira dengan berita yang disampaikan. Begitu juga dengan Nabilah, matanya membulat tidak percaya.

“Tapi…macam mana?” Nabilah dengan serta-merta terus bertanya.

“ Pedang itu merentas masa secara rambang, tanpa ada urutan yang selari. Agak mustahil untuk kita mengesan lokasi kemunculan pedang itu! Kau benar-benar yakin ke bahwa lokasi tu memang betul-betul lokasinya?”Nabilah menyambung, dia tidak begitu yakin dengan Nazmi.

“ Ya, memang pedang itu tidak merentas masa secara selari. Tapi bukan permata ini,” Nazmi menjawab persoalan yang dikemukakan Nabilah. Dia membuka genggaman tangannya. Kelihatan sebutir permata merah sedang bersinar terang di atas telapak tangannya itu. Profesor Hakim lantas bangkit dari kerusi, ingin melihat permata merah itu dengan lebih jelas. Begitu juga dengan Nabilah, dia merapatkan dirinya kea rah Nazmi.

“ Apa kaitannya permata ini dengan Pedang Epirius?” Profesor Hakim pula yang bersuara.

“Permata ini sebahagian daripada Pedang Epirius. Ini Permata Kariswati,” Nazmi menerangkan.
“ Permata Kariswati?” Nabilah pula menyoal.

“ Ya. Kariswati, puteri Mesir yang paling bongsu di antara ketiga-tiga puteri itu. Semasa Epirius menemui pedang itu, permata ini masih belum lagi wujud. Kariswatilah yang kemudiannya telah menghasilkan permata ini… Dia telah tersentuh hujung Pedang Epirius dan telah terluka. Sel darah merahnya telah mengalami perubahan biologi akibat pergerakan atom yang mengahasilkan tenaga pada pedang itu. Daripada sel darah merahnya itu, permata merah ini telah dihasilkan yang kemudiannya diberi nama Permata Kariswati,” Nazmi menerangkan dengan panjang lebar.

“ Maksud kau, apabila seseorang terluka dengan pedang itu, permata merah akan dihasilkan?” Tanya Nabilah pula.

“ Ya, tetapi untuk menghasilkan permata merah ini, ia memerlukan sejenis bahan sebagai katalisator. Jika tidak, ia akan memakan masa lebih daripada berbilion-bilion tahun untuk dihasilkan. Aku kurang pasti apakah bahan yang digunakan oleh Kariswati pada ketika itu, namun mungkin bahan itu adalah bahan yang selalu diletakkan di jarinya kerana dengan begitu, bahan itu akan tercampur sama ketika dia terluka,” sambung Nazmi lagi.

“ Tapi, bagaimana kamu dapat mencari permata ini? Dan apa fungsi permata ini? Bagaimana kita dapat gunakannya untuk mengesan lokasi kemunculan Pedang Epirius?” Profesor Hakim mencelah. Persoalannya panjang.

“Saya tidak mencarinya, Prof. Tapi permata ini sendiri yang mencari saya,” Nazmi menjawab ringkas. Dia tersenyum.




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
BAB 9:

Din Mata Kuyu keliru. Apa yang dialaminya sebentar tadi? Mimpi? Atau mungkinkah itu satu déjà vu? Namun dia hanya menyembunyikan kekeliruannya itu. Dia hanya diam, tidak menceritakannya kepada orang lain. Dia terus berjalan ke bilik mesyuarat bersama rakan-rakan sekelasnya dengan perasaan yang aneh.

“ Wei, Din! Kenapa ni? Senyap je?” Shahmi Panjang mula bertanya. Dilihatnya Din Mata Kuyu seakan resah akan sesuatu. Namun Din tidak menjawab. Pertanyaan Shahmi itu hanya bagaikan angin lalu sahaja.

“Din Mata Kuyu malulah tu….tadi kena tegur dengan Cikgu Hasnizan sebab tidur dalam kelas,” Fatin Cermin menyampuk. Lantas, ruang koridor itu dipenuhi dengan gelak ketawa daripada para pelajar itu.

“Izzudin, lain kali bawa bantal dan selimut sekali, ya?” sambung Alia Mata Sepet pula, cuba untuk menambah lawak. Namun, tiada siapa yang ketawa, semuanya memandang muka Alia Mata Sepet.

“Woi…kesian Alia..Takde orang ketawa pun dia buat lawak..ketawalah, wei..”Shahmi Panjang pula menyampuk. Lalu, sekali lagi ruang koridor itu bergegar dengan deraian ketawa.

“ Ooo….sampai hati korang ye….takpelah…takpe…” Alia Mata Sepet mencebik, mukanya sedikit kecewa.

“ Alahai Alia…dah merajuk ke? Kitorang gurau je…” Shahmi Panjang cuba memujuk Alia.

“Yelah, Alia..Maaflah kalau terasa hati….lain kali kitorang buat lagi…ok?” Mail Froggy pula tiba-tiba mencelah. Lantas, koridor itu bergegar sekali lagi dengan deraian ketawa. Kali ini Alia Mata Kuyu tidak menjawab, dia hanya mendiamkan diri. Sakit hati betul dia dengan sikap rakan-rakan sekelasnya itu. Din Mata Kuyu pula tetap seperti tadi, diam.

Mereka tiba di bilik mesyuarat.Suasana sunyi sepi. Pintu bilik mesyuarat terbuka. Namun, tiada sesiapa yang kelihatan.Mail Froggy dan Shahmi Panjang menjenguk-jengukkan kepala. Tiada sesiapa.

Cahaya merah tiba-tiba sahaja menerangi seluruh kawasan itu. Namun hanya untuk sesaat. Sejurus sahaja cahaya itu menghilang, mereka turut ghaib.

Suasana menjadi sepi. Tiada sesiapa.




* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

BAB 10: