"Nah!Ini bekalanmu sebagaimana yang telah dijanjikan,"kata lelaki itu kepadanya.Umar menerima bungkusan berisi serbuk putih itu dengan hati yang girang.Matanya meneliti bungkusan itu sejurus menerimanya di halaman belakang sekolah itu. Lelaki asing yang mempunyai kesan parut di pipi kanannya itu kemudiannya berlari meninggalkan pelajar tingkatan empat itu sendirian setelah selesai melaksanakan tugasnya.Umar tersenyum.
**************************************************************************
"Ummi, Umar dah balik ni!"Umar melaung kepada ibunya di hadapan rumah sejurus sahaja dia tiba di sana.Lantas,basikal yang dikayuhnya dari sekolah itu diletakkan di bawah rumah.Dia berlari menaiki anak tangga ke atas rumah.Kedengaran suara ibunya yang merdu mengalunkan bacaan surah Ad-Dhuha. Umar maju melangkah ke arah suara ibunya.Dia menyelak kain pintu bilik ibunya.Alunan suara merdu ibunya itu semakin jelas kedengaran.Air yang jernih kelihatan begitu laju mengalir di kedua-dua belah pipi ibunya yang putih bagaikan kapas itu.Ternyata ibunya sangat mengamati wahyu yang diturunkan oleh Yang Maha Pencipta itu.Umar tersentuh.Dia kagum dengan kejernihan hati ibunya itu.
Ibunya meneruskan bacaannya dengan surah yang lain pula,langsung tidak menghiraukan kehadiran Umar.Umar tahu,ibunya kini sedang diselimuti dengan cahaya keindahan Al-Quran sehinggakan tidak menyedari keadaan yang
berlaku di sekelilingnya. Sememangnya begitulah yang akan terjadi setiap kali dia pulang dari sekolah.
"Nanti,Umar!"ibunya memanggil apabila Umar memulakan langkahnya untuk meninggalkan bilik Ibunya menyedari kehadirannya itu,tidak seperti hari-hari yang lain.
"Ke mari,Umar!Ummi ada sesuatu yang ingin dibicarakan,"ibunya melontarkan pandangannya yang jernih itu ke arah Umar.Bibirnya mengukirkan sekuntum senyuman.
"Umar,Ummi dah tahu semuanya,"ibunya memulakan bicara sejurus Umar melabuhkan punggungnya di atas lantai di hadapan ibunya itu.Mata ibunya yang bersinar terang itu menyorot tepat ke matanya.Sekuntum senyuman ibunya sebentar tadi itu telah hilang,entah ke mana perginya.
"Tahu apa,Ummi?"Umar mula kelihatan resah.
"Jangan cuba berdolak-dalih lagi,Umar!Ibu dah tahu semuanya!"kali ini suara ibunya agak keras.Umar terkejut.
***************************************************************************
Di Surau Kampung Ombak itu,seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an sedang rancak memberikan ceramah agama.Para jemaah kelihatan begitu khusyuk mendengar ceramah yang diadakan selepas waktu Maghrib itu.Mata mereka terpaku pada penceramah itusejak dari tadi lagi.
"Kita semasa masih hidup ni,mestilah sentiasa beringat!Kita hidup ni,sihat ke tidak?Kalau sihat,alhamdulillah.Kalu tak?Timbul pula dua persoalan.Kalau tak sihat,boleh sembuh ke tidak?Kalau sembuh,alhamdulillah.kalu tak?Timbul lagi dua persoalan.Kalau tak sembuh, mati ke tidak?Kalau hidup lagi,alhamdulillah.Kalau mati?Haa...timbul pula dua persoalan.Kalau mati tu balasan syurga ke neraka?Kalau syurga,alhamdulillah.Kalau neraka?Timbul sekali lagi dua persoalan.Kalau neraka,kekal ke sementara?Kalau sementara,kita pun minta jauhlah.Tapi kalau kekal?Naudzubillah!!!"penceramah itumeneruskan ceramahnya dengan penuh semangat.
Kemudian,lelaki yang berjubah putih dan berjanggut sedikit di janggutnya itu berhenti seketika sambil meneguk segelas air.Mungkin dia telah kehilangan sedikit suara dek kelantangannya menyampaikan ceramahnya itu sebentar tadi.Dia kemudiannya membetulkan sedikit kaca matanya dan meneruskan ceramahnya itu.Tidak lama selepas itu,nombor merah yang tergantung di dinding putih surau itu berkelip-kelip dan kemudiannya berbunyi,menandakan waktu Isyak telah masuk.Si penceramah lantas mengakhiri ceramahnya dengan tasbih kafarah dan surah Al-Asr.Azan dilaungkan.Setelah itu,beberapa orang jemaah bangun menunaikan solat sunat sebelum mereka sama-sama menunaikan solat Isyak.Si penceramah tadi menjadi imam.Suaranya lunak merdu mendendangkan ayat-ayat suci Al-Quran.
"Assalamualaikumwarahmatullah!"Si imam lantas memberikan salam sambil memiringkan mukanya ke kanan dan ke kiri.Kemudian,dia menyapu mukanya.Para jemaah mengikuti tingkah laku si imam itu. Setelah membaca istighfar dan berzikir beberapa ketika,si imam membaca doa.Para jemaah tetap setia dengan si imam,turut menadahkan tangan mereka.
"Ermm.....Sebenarnya saya ada sesuatu yang ingin dibicarakan dengan ustaz.Tapi....sebelum tu,saya minta maaf kalau apa yang saya nak cakapkan ni akan menyinggung perasaan ustaz,"seorang lelaki yang berusia dalam lingkungan 30-an itu tiba-tiba bersuara kepadanya apabila dia selesai menunaikan solat sunat selepas Isyak.Pada ketika itu,hanya dia dan lelaki itu yang tinggal.Sementara para jemaah lain telah pun beredar sejak daripada tadi lagi.Lelaki yang berbaju Melayu biru gelap itu kelihatan senyum apabila bercakap dengannya sambil menundukkan sedikit badannya,tanda dia hormat kepada guru agama yang terkenal di kampungnya itu.
"Ujarkan sahaja apa yang terpendam dalam hati kamu itu.Saya sedia menerimanya,Insya-Allah!"guru agama itu mengeluarkan suaranya yang agak kasar tetapi tetap merdu didengari itusambil meletakkan tangan kanannya di atas bahu lelaki itu.Dia juga turut memberikan senyuman,bagi membalas senyuman daripada lelaki berbajuMelayu biru itu tadi.Matanya jernih,mencerminkan keikhlasan kata-katanya tanpa sebarang kepura-puraan.
"Begini,ustaz.Erm....sebenarnya tadi saya ada ternampak si Umar,anak ustaz tu mencuri di kedai runcit saya,"lelaki itu meneruskan kata-katanya.Mukanya kelihatan cemas.Dia kini bagaikan cacing yang kepanasan,bimbang si ustaz itu akan memarahinya walaupun baru sahaja sebentar tadi si ustaz itu menyatakan janjinya tidak akan marah dengan kata-kata yang akan disampaikannya.Namun,dia mula kelihatan tenang apabila air muka si ustaz itu langsung tidak berubah.Mimik muka si ustaz itu tetap memaparkan ketenangan.
***************************************************************************
"Haaza shohih,yaa Ali!Benar,Ali!Aku tidak mencuri!"Umar meneguhkan kata-katanya itu.Matanya membulat.Di hadapannya,seorang remaja berbangsa Arab yang menjadi anak kepada sepupu ayahnya yang telah berkahwin dengan seorang gadis Mesir hanya mendengar pengakuan sumpahnya itu.Dia sedang bercuti di Malaysia dengan keluarganya sementara menanti musim panas di negaranya itu berakhir.Sememangnya kebanyakan warganegara di Tanah Arab yang kaya akan bercuti di luar negara apabila musim panas tiba.Mereka tidak suka akan suhu yang tinggi pada musim itu.
Mata Ali terkebil-kebil.Dalam fikirannya,betulkah Umar tidak mencuri?Jika tidak,mengapa ada aduan tentangnya?
"Benarkah kau tidak mencuri,wahai Umar?"Ali lantas membuka persoalannya itu.
Mata Umar berkerut,memandang Ali yang duduk di atas bangku bersamanya itu yang terletak di tepi sungai kampungnya.Sememangnya Umarbegitu gemar ke situ setiap kali selepas persekolahannya.Apabila Ali datang ke rumahnya untuk bercuti,Umar turut membawa Ali ke sana.
"Erm...Aku tidak bermaksud untuk tidak mempercayaimu.Namun aku menjadi ragu bagaimana boleh timbulnya tuduhan ituterhadapmu?"Ali cepat-cepat berkata,bimbang juga dia kalau Umar salah faham terhadapnya.
"Entahlah,Ali.Aku pun tak tahu"Umar menarik nafas yang dalam.Matanya memandang ke bawah.Dia mengenang kembali peristiwa pada malam itu.
"Betul,ummi!Umar tidak mencuri!"Umar menegaskan kata-katanya.
"Laa tukazzibu ummaka,ya ibni!Jangan tipu ibumu,wahai anakku!"Ayahnya tiba-tiba sahaja terpacak di depan pintu bilik itu.Memang selalu juga ayahnya berbicara Arab dengannya.
"Pak Mail dah beritahu Abi semuanya!Kamu mencuri di kedai runcit Pak Mail,kan?"ayahnya bersuara tegas.
"Tidak,Abi!Abi tak boleh tuduh Umar terburu-buru,Abi!Bukankah Islam menyuruh umatnya menyiasat terlebih dahulu dalam perkara sebegini,"Umar tetap mempertahankan kata-katanya.
"Sudah,Abi sudah siasat semuanya,Umar!Selepas solat Isyak kelmarin,Abi sudah pergi ke kedai Pak Mail.Abi tanya orang kampung di sekitar kawasan itu.Kamu tahu Umar,ramai orang kampung yang melihat kamu berlari bersama-sama rakan-rakanmu dari kedai Pak Mail sambil membawa barang yang dicuri!Umar,mungkin memang benarhanya sedikit barang yang kamu curi,tapi mencuri tetap dinamakan mencuri.Kau mahu mengaku sekarang,Umar?"ayahnya bernada lebih keras.Matanya membulat garang.
"Tidak,Abi!Umar tetap dengan pendirian Umar!Umar tidak mencuri!Tidak sekali-kali,ayah!"Umar tetap mempertahankan kata-katanya itu.
"Kau masih ingin berbohong,Umar?"wajah ayahnya merah bagaikan saga.Dia paling pantang apabila ada orang yang berbohong,inikan pula anak kandungnya sendiri.
"Mari sini,Umar!"lelaki tua itu mencapai rotan buluh yang digantung di dinding bilik itu.Tangan kanannya menggenggm erat pergelangan tangan anaknya.Beberapa bidasan rotan dilepaskan.Umar menjerit kesakitan.
"Sudahlah,bang.Saya kira itu sudah cukup menjadi pengajaran untuknya,"si ibu bersuara lembut.Lelaki itu berhenti merotan.
"Baiklah,sekarang cakap perkara yang sebenar!Usah berbohong lagi!"ayahnya bersuara tegas.Namun,Umar berdiam diri.Dia memalingkan mukanya daripada pandangan ayahnya itu lalu mula untuk melangkah keluar dari bilik itu.Tiba-tiba tangan Umar ditangkap ibunya.
"Umar,ini semua untuk kebaikanmu,"ibunya bersuara lembut.Umar tidak mempedulikan kata-kata ibunya itu,dia menarik tangannya dengan kasar sehingga terlepas daripada genggaman ibunya.Dia kemudiannya berjalan pantas ke biliknya.Tidak lama selepas itu,kedengaran bunyi kuat pintu biliknya yang sengaja ditutup dengan kasar oleh Umar.
"Bang,apa yang telah terjadi kepada anak kita tu?" wanita itu bersuara kepada suaminya.
"Entahlah,abang pun tak tahu,"si suami juga kelihatan buntu melihat perubahan sikap mendadak anaknya itu.Jika sebelum ini,Umar tidak pernah berperangai kasar sedemikian.Namun,peristiwa pada hari itu benar-benar membingungkan mereka.Khuatir.Bimbang.Semuanya tersimpul dalam satu ikatan hati mereka.Segala-galanya bermula setelah basikal Umar terbabas ke dalam sebuah parit dua minggu yang lalu.
***************************************************************************
Pagi itu,Umar pergi lagi ke rumah yang berwarna putih itu yang terletak di hujung kampungnya.Pagi itu hari Sabtu,oleh itu Umar berkesempatan untuk ke situ kerana tiada sesi persekolahan.Di rumah itu,beberapa orang lelaki yang berjubah putihdan berserban sedang menari-narimengelilingi sesuatu di dalam rumah itu.
"Assalamualaikum!"Umar memberi salam.
"Waalaikumussalam,Umar!Masuklah!"seorang lelaki tua yang berjanggut putih yang berpakaian jubah putih dan berserban menyambut kedatangannya itu.Umar masih ingat,itulah lelaki yang telah menolongnya apabila dia cedera setelah basikal yang ditungganginya terbabaske dalam parit tiga hari yang lepas.Lelaki itulah yang telah membawanya ke rumah itu dan merawatnya.Umar tertarik dengan kebaikan hati lelaki itu.Kemudian,ketika sedang dirawat,beberapa orang lelaki berjubah putih yang lain datang ke rumah itu.
"Inilah Imam Mahdi,imam yang ditunggu-tunggu!"salah seorang daripada lelaki berjubah putih itu mengeluarkan suara.Umar terkejut.Namun,dia hanya mendiamkan diri kerana bimbang akan menyakiti hati lelaki yang telah menolongnya itu.
"Lain kali,datanglah ke rumah ini.Kami sentiasa mengadakan majlis tazkirah di sini,"lelaki tua yang mengaku dirinya sebagai Imam Mahdi itu tersenyum.Umar hanya mengangguk.Sejak peristiwa itulah,Umar kerap ke rumah itu.
"Umar,marilah sertai kami,menari mengelilingi serbuk garam mukjizat di atas talam ini sambil menyebut namaku.Pada hari Isnin ini,upacara ini akan selesai,"kata lelaki tua itu.Dia tersenyum.
"Untuk apa ini wahai tuan Imam Mahdi?"Umar bertanya ingin tahu.
"Kamu mahu ibu bapamu turut mengikuti ajaranku,bukan?"soal lelaki tua itu.Umar mengangguk.
"Hari Isnin ni,selepas habis sesi persekolahanmu,tunggu di halaman belakang sekolahmu.Pembantuku ini akan menghantar kepadamu sedikit serbuk garam ini.Kemudian,taburkan garam ini di sekeliling rumahmu,faham?"lelaki tua itu menjelaskan lebih lanjut sambil menudingkan jari telunjuknya ke arah seorang lelaki yang berparut di pipinya.Umar mengangguk sekali lagi.
"Bagus,Umar!Insya-Allah nanti ibu bapamu akan menuruti ajaranku yang mulia ini.Tapi ada satu lagi perkara wajib yang perlu kamu laksanakan,"sambung lelaki tua itu.
"Apa dia,tua Imam Mahdi?Ujarkan sahaja,saya sedia melakukannya demi tuan!"Umar memandang tepat ke arah lelaki tua itu.
"Kamu wajib mencuri sedikit makanan untukku,"sambung lelaki tua itu lagi.
"Tapi,bukankah mencuri itu suatu perkara yang berdosa?"Umar mempersoalkan perintah lelaki tua itu.Dia teringat pesanan bapanya tentang perbuatan mencuri yag dikutuk dalam Islam.
"Umar,sesungguhnya Allah telah memberikan aku hak untuk menghalalkan dan mengharamkan apa-apa sahaja demi kepentingan ajaran yang aku bawa ini.Oleh itu,pada hari ini,aku halalkan untukmu mencuri,"lelaki tua itu berkata lagi.Bibirnya tetap mengukirkan senyuman.Umar mengangguk sekali lagi.
"Bagus,Umar!Ajaklah raka-rakan sepersekolahanmu yang lain yang telah menjadi pengikut ajaranku ini untuk menjalankan amanah ini.Ingat Umar,apabila ada yang menuduh dirimu mencuri,jangan mengaku kerana dirimu tidak mencuri sebenarnya tetapi hanya menjalankan amanah,"suara lelaki tua itu lagi.Umar tetap sahaja mengangguk.
"Ingat,Umar!Kamu mesti yakin dengan ajaran ini.Sesungguhnya aku ini Imam Mahdi yang sebenar!Aku datang membawa khabar gembira kepada seluruh manusia.Solat yang menyusahkan itu tidaklah perlu dilakukan lagi.Sesungguhnya perintah Allah supaya mendirikan solat di dalam Al-Quran itu hanyalah perintah Allah supaya sentiasa mengingatinya sahaja,bukannya solat yang dilakukan oleh rata-rata umat Islam sekarang ini.Itu semuanya ciptaan manusia!Hadis-hadis itu semuanya tidak boleh pakai.Semuanya hanyalah ciptaan para tabiin semata-mata.Yang benar yang kita boleh guna hanyalah Al-Quran.Itulah satu-satunya panduan kita,wahyu Allah yang dijamin keasliannya.Oleh itu,apabila kamu mendengar sesiapa membaca Al-Quran,hormatilah bacaan itu,"ujar lelaki tua itu dengan panjang lebar.Kata-katanya menambahkan lagi keyakinan Umar terhadap lelaki tua itu.
"Sudahlah,Umar!Mari kita menari mengelilingi garam mukjizat itu,moga-moga kita diberkati Allah,Insya-Allah!"lelaki tua itu mengajak Umar melakukan perbuatan karut itu bersama lelaki berjubah yang lain.Umar mengikutinya.
"Mahdi!Mahdi!Mahdi!"laungan suara Umar dan lelaki berjubah lain menggegarkan rumah putih itu.
***************************************************************************
Pagi itu matahari bersinar terang.Umar bergegas keluar dari rumahnya.
"Nanti,Umar!Ke mana kamu nak pergi?"ayahnya lantang bersuara.
"Perlu ke Umar beritahu semuanya kepada Abi?"Umar menengking keras kepada ayahnya.Dengan tergesa-gesa,dia mengambil basikal di bawah rumahnya dan terus mengayuhnya dengan laju.
"Ke mana anak kita nak pergi tu,bang?"ibu Umar mengerutkan dahinya.
"Entahlah,abang pun tak tahu.Tapi abang rasabaik kita ekori Umar,"si suami bersuara.
Perlahan-lahan,kereta yang berwarna hitam itu mengekori Umar.Di dalam kereta itu,sepasang suami isteri kelihatan begitu bimbang melihat gelagat anak mereka itu.Mereka mengambil jarak yang agak jauh dari Umar,tidak mahu Umar menyedari bahawa dia sedang diekori.
Umar memberhentikan basikalnya itu di hadapan sebuah rumah putih.Kawasannya agak terpencil,hanya rumah itu sahaja yang ada di kawasan itu sementara di sekelilingnya hanyalah hutan.Di halaman rumah itu,beberapa orang lelaki berjubah kelihatan sedang menyembah seorang lelaki tua.Mereka menundukkan lututdan dahi mereka di atas lantai sambil mengyun-ayunkan tangan ke atas dan ke bawah ke arah lelaki tua itu.Umar kemudiannya berjalan ke rumah itu,kemudian turut menyertai lelaki berjubah yang lain.
"Astarghfirullah.....Abang rasa itu kumpulan ajaran sesat yang sedang diburu sekarang.Rupa-rupanya mereka bersembunyi di sini,"ayah Umar mengeluarkan suara.
"Maksud abang....anak kita tu dah terpengaruh dengan ajaran sesat tu?Masya-Allah!Tapi macam mana anak kita tu boleh....."
Belum sempat si ibu meneruskan kata-katanya itu,tiba-tiba beberapa buah kereta polis kelihatan sedang menuju ke arah rumah itu.Kemudian,beberapa anggota polis keluar daripada kenderaan itusambil mengacukan pistol mereka ke arah rumah itu.
"Menyerah!Kamu telah dikepung!"pihak polis memberikan amaran.
"Tidak!Kami tidak akan menyerah!Wahai pengikut ajaran yang mulia ini sekalian,berjihadlah di jalan Allah!Serang laknatullah ini!"seorang lelaki tua yang menjadi ketua di situ melaung keras.Kemudian,lelaki-lelaki berjubah itu termasuklah Umar sendiri mengambil parang yang sudah tersedia di atas rumah itu lalu menyerang pihak polis.Oleh kerana tiada pilihan lain,pihak polis akhirnya melepaskan tembakan ke arah para penyerang.
Tanpa mempedulikan tembakan daripada anggota polis itu,lelaki-lelaki berjubah yang menyangka mereka berada di jalan yang benar itu terus melaung,"Mahdi Akbar!Mahdi Akbar!"mereka terus menuju ganas bagaikan singa yang kelaparan ke arah anggota polis itu.Akhirnya,pihak polis terpaksa juga meneruskan tembakan secara bertubi-tubi.Tidak lama kemudian,suasana menjadi sepi.Semua penyerang telah pun rebah,tidak mampu berdiri lagi, termasuklah ketua pengikut ajaran sesat itu dan Umar sendiri!
"Tidak!Umar anakku!"si ayah dan si ibu melaung kuat.Mereka membuka pintu kereta dan terus menuju ke tempat pertarungan itu tanpa mempedulikan pegawai polis yang ada di situ.Mereka berlari,menuju ke arah Umar.
Umar didapati tidak bernyawa lagi.Mereka memeluk erat mayat Umar.Air mata mereka begitu laju bercucuran.Si ibu dan si bapa berasa sungguh sedih dan kecewa.Impian mereka untuk melihat anak mereka itu menjadi insan yang soleh dan cemerlang hancur begitu sahaja.Anaknya kini mati dalam keadaan kufur.
***************************************************************************
"Kalau mati?Haa...timbul pula dua persoalan.Kalau mati tu balasan syurga ke neraka?Kalau syurga,alhamdulillah.Kalau neraka?Timbul sekali lagi dua persoalan.Kalau neraka,kekal ke sementara?Kalau sementara,kita minta jauhlah.Tapi kalau kekal?Naudzubillah!!!"
- Ceramah seorang guru agama Kampung Ombak-
Sebenarnya cerita ini adalah hasil kerja sekolah yang diberi oleh Cikgu Raja Masrina(Cikgu BM saya).
Berikut merupakan komen pembaca mengenai cerita Umar yang terdiri daripada rakan sekolah saya semasa cerita ini masih berada di kertas dan belum lagi ditaip:
Drp Mr.M (Muslim):
-Boleh dipertingkatkan lg.
-memberansangkan.
-tak disangka-sangka.
Drp niena(najjah):
hurm..quite interesting..a good ending..not da best one k..juz upgrade dat..ur handwriting the most..hehe...congrate..wish u best of luck..don't forget to update ur blog..I'm waiting for the consequences...
Drp entah (tak letak nama):
bagus...boleh tahanlah,ceritanye boleh dijadikan iktibar dan tauladan.Moga kita semua berada di atas jalan yang benar dan diredai Allah S.W.T....Amin....
Drp entah 2 (tak letak nama):
Tahniah kerana berjaya menghasilkan sebuah cerpen yang betul-betul memberi pengajaran dan kesan yang mendalam ke dalam diri pembaca..Moga kita semua dijauhi dr perbuatan yg sebegitu.Teruskan usaha bg menghasilkan karya yang berunsur keinsafan seperti ini dan bersyukurlah dgn rahmat akal yg dikurniakan-Nya.Insya-Allah....
Drp Hazmi Hamzah:
Karangan yang benar-benar menepati kehendak soalan.Karangan ini juga benar-benar dapat memberi pengajaran yang cukup berguna kepada pembaca dalam melayari kehidupan yang penuh pancaroba.Sye yakin Daus boleh wat cerpen lebih baik lg.Konklusinya,cerpen ni amat bagus.Tahniah!
Drp Dean UM :
Cerita yang sangat menarik yang pernah saya baca sebelum ini...
Cuma upgrade ur esei..Jangan banyak ngat potong-potong coz nmpk bolok ngat r..Good Luck in SPM 09..Hehe...Tulisan nok g perang....
The AeroCam
17 tahun yang lalu